Pelancaran Pasukan Moto3 Petronas Sprinta dan Moto2 SIC Racing Team

Baru-baru ini pasukan sepang circuit racing team telah dilancarkan secara rasmi di litar Sepang pada hari rabu 14/2/2018. Pelancaran ini telah disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman. Menurut Datuk Razlan sasaran yang diletakkan untuk pelumba-pelumba Moto3 Petronas Sprinta adalah kedudukan 10 teratas. Manakala untuk Moto2 pula, tiada sasaran khusus diletakkan memandangkan ini tahun pertama Zulfahmi Khairuddin. Continue reading “Pelancaran Pasukan Moto3 Petronas Sprinta dan Moto2 SIC Racing Team”

Penampilan Sulung Hafizh Dalam MotoGP Terbaik Antara Rookie 2018

Selesai sudah hari pertama ujian pra-musim MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand. Ia juga hari pertama untuk Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia yang menguji jentera Yamaha YZR-M1 milik pasukan Monster Yamaha Tech 3. Bagaimanakah prestasi Hafizh dalam penampilan sulung beliau?

Continue reading “Penampilan Sulung Hafizh Dalam MotoGP Terbaik Antara Rookie 2018”

Khairul Idham Pawi Cedera, Jalani Operasi

Pelumba Moto2 Malaysia bagi pasukan Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi (#89) dilaporkan telah mengalami kecederaan di tangan kanan. Khairul Idham disyaki mengalami kecederaan tersebut ketika melakukan latihan pra-musim di Sepanyol. Beliau telah pun menjalankan operasi pembedahan di Hospital Universitario Quirón Dexeus yang diketuai oleh pakar Dr. Xavier Mir. Dengan pusingan pertama di Qatar tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi, pihak iPantas berharap Khairul Idham dapat pulih sepenuhnya sebelum musim 2018 bermula.

Gambar: Instagram Khairul Idham Pawi (@khairulidham89)

Salah Siapa?

 

Gambar ini diambil pada trackday yang berlangsung di Sepang International Circuit baru-baru ini. Apa yang anda rasa tidak kena dengan gambar ini? Ya, semuanya lengkap kecuali topi keledarnya.

Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Adakah salah penunggang yang tidak tahu topi keledar penuh adalah wajib untuk masuk ke litar, ataupun buat-buat tidak tahu dan memandang remeh aspek keselamatan sendiri? Adakah patut marshal yang bertugas dipersalahkan kerana tidak mengambil serius tanggungjawab masing-masing atau membuat acuh tak acuh ketika melepaskan penunggang di jalan keluar pit? Ataupun penganjur tidak memastikan semua penunggang mendengar taklimat keselamatan? Apa pun puncanya, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dan iPantas berharap ia dapat diselesaikan sebelum trackday yang berikutnya dianjurkan.

Gambar kredit: Muslim Shah (Facebook)

Ujian Rasmi Moto2/Moto3 Valencia 6-8 Feb 2018

Pada 8 Februari, telah tamatnya ujian rasmi pertama bagi pasukan-pasukan Moto2 dan Moto3. Jumlah penyertaan sesi ujian di Valencia hanyalah sebanyak 26 pelumba Moto2 dan 24 pelumba Moto3. Penyertaan kali ini turut disertai pelumba-pelumba Malaysia yang terdiri daripada kategori Moto3 pasukan Petronas Sprinta Racing Adam Norrodin dengan jentera Honda. Kategori Moto2 pasukan SIC Racing Team Zulfahmi Khairuddin dan pasukan IDEMITSU Honda Team Asia Khairul Idham Pawi dengan kedua-duanya menggunakan jentera Kalex.
Sesi ujian kali ini terbantut kerana hujan berlarutan yang bermula dari hari pertama sehingga ke hari kedua; tiada pelumba yang telah keluar ke litar akibat hujan lebat sepanjang hari. Pada hari ketiga cuaca semakin elok telah memberi peluang kepada semua pelumba untuk mencuba buat kali pertama untuk musim 2018. Walaubagaimanapun, prestasi pelumba-pelumba negara agak memuaskan untuk ujian kali ini memandangkan hampir 3 bulan berehat. Continue reading “Ujian Rasmi Moto2/Moto3 Valencia 6-8 Feb 2018”

Nasib penunggang di Lebuhraya Persekutuan

 

Saban hari, jumlah kenderaan yang semakin meningkat di Lembah Klang menyebabkan kesesakan jalan raya yang semakin serius dan menyebabkan banyak masa terbuang. Faktor ini dan juga harga minyak petrol yang tidak menentu mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama mereka untuk berulang-alik ke tempat kerja dari kediaman masing-masing. Dan seperti penduduk Lembah Klang yang lain, salah satu jalan utama yang digunakan ialah Lebuhraya Persekutuan yang menyambungkan Klang dan Kuala Lumpur melalui Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Continue reading “Nasib penunggang di Lebuhraya Persekutuan”

Hafizh Syahrin uji YZR-M1 di Buriram!

Gambar: MotoGP

Pasukan Monster Yamaha Tech 3 mengumumkan pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin, akan menunggang jentera Yamaha YZR-M1 di sesi ujian pramusim yang akan dijalankan di Chang International Circuit, Buriram, Thailand.

Tech 3 memerlukan penunggang baru untuk menggantikan tempat Jonas Folger yang menarik diri dari saingan tahun 2018. Ujian rasmi ini adalah cara bagi pasukan Tech 3 dan pihak penaja menilai kesesuaian Hafizh untuk menunggang YZR-M1 sepenuh masa musim ini.

Ujian tersebut akan berlangsung dari 16 sehingga 18 Februari ini. Selepas ini, satu lagi ujian pramusim akan dijalankan di Losail International Circuit sebelum pusingan pertama dilangsungkan di litar yang sama pada 18 Mac.

Zulfahmi ke gelanggang Moto2 2018

 

Gambar: Facebook Zulfahmi Khairuddin

 

Bekas pelumba World Supersport (WSS) dan Moto3 , Zulfahmi Khairuddin, diumumkan akan memasuki kategori sokongan Moto2 bagi tahun 2018. Zulfahmi yang berada di bawah naungan pihak Sepang International Circuit (SIC) dijangka akan menyertai musim penuh melalui pasukan SIC Racing Team. Beliau akan mengambil tempat yang pada asalnya disediakan untuk pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin.

Pengumuman ini mengukuhkan lagi ura-ura Hafizh akan menyertai kategori MotoGP dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3, untuk menggantikan tempat pelumba Jerman, Jonas Folger yang menarik diri sebelum musim 2018 bermula. Diharap Zulfahmi mampu mempamerkan aksi yang lebih baik selepas digugurkan dari pasukan WSS, Orelac Racing Verdnatura, di penghujung musim 2017.

Rumusan Ujian masa rasmi Sepang

30hb Januari tanda hari terakhir sesi ujian masa rasmi di Litar Sepang. Ujian yang berlangsung selama tiga hari bermula dari hari Ahad 28/1/2018 sehingga Selasa 30 Januari mencatatkan catatan tidak rasmi terpantas oleh pelumba ducati team Jorge Lorenzo yang telah mengatasi rekod yang dipegang oleh Marc Marquez pada tahun 2015.

Rekod ini juga amat manis bagi pengeluar tayar Michelin kerana ia telah menunjukkan progress yang mengkagum dalam tempoh 2 tahun dengan mengatasi rekod tahun terakhir pengeluar Bridgestone pada 2015.

Sesi ujian masa bermula dengan keadaan cuaca hujan pada hari pertama dan beransur cerah sehingga hari ketiga, dimana pada hari ketiga kebanyakan pelumba telah mencatat catatan masa terpantas. ujian simulasi perlumbaan juga  dapat dilaksanakan pada hari ketiga sesi ujian masa. Continue reading “Rumusan Ujian masa rasmi Sepang”