NEWS: Yamaha YZF-R15 Launched! RM 11,988 w/o GST

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) has finally unveiled the brand new YZF-R15 entry-level sports bike over the weekend.  In line with the strong heritage and continued brand love, HLYM  revealed the upgraded version of the YZF-R15, as a prelude to the Karnival Gen Blu Yamaha, held here in Batu Kawan, Penang.

Quoting Dato Jim Khor, managing director of HLYM, “With the introduction of the YZF-R15, this will surely raise the industry standard for motorcycles below 200cc.

He added, “Since 2017, the industry has seen motorcycles sold of about 500,000 units and this is a strong testament that motorcycles will remain and continue as the choice of mode of transportation in Malaysia.”

The YZF-R15 is powered by a 155cc liquid-cooled, 4 valves plus the fuel-efficient technology Variable Valve Actuation (VVA), mated to a six-speed gearbox, producing 19hp and 14.7nm of torque. Not missing out that this new model comes standard with upside-down forks and Assist & Slipper clutch to help downshifts smoother and prevents locking up the rear wheel.

HLYM prices the bike competitively at RM 11,988 without GST (subject to approval), excludes road taxes and insurance as well. With every purchase of YZF-R15, the owner receives a Yamaha 6mm pin, alarmed disc-lock. The bike comes in three colour variation, Black, Blue, and Yellow. The R15 will be available from end of August 2018 onwards.

 

Studio shots:

 

BAHARU: Kawasaki Ninja 250! RM23,071 Tanpa GST

Arena permotoran Malaysia semakin rancak dengan pelancaran rasmi model terbaru dari Kawasaki iaitu Ninja 250 yang diadakan serentak dengan hari pembukaan Art Of Speed 2018 di MAEPS Serdang hari ini (28 Julai 2018).

Model ini telah dikemaskini dengan enjin berkembar selari berkapasiti 249 cm3 yang mampu menjana 39 kuasa kuda dan 23.5 Nm tork. Tambahan lagi, enjin ini telah direka untuk memperolehi saiz, berat dan kecekapan yang optimum. Digabungkan dengan kerangka “trellis” yang serupa dengan kerangka Kawasaki Ninja H2, berat Ninja 250 baru ini 5 kg lebih ringan daripada generasi sebelumnya.

Sistem gantungan depan juga telah diubah, kini dengan “fork” teleskopik berdiameter 41 mm manakala cakera brek depan kini bersaiz 310 mm. Sayangnya sistem ABS tidak dipasang pada model yang dilancarkan namun dinyatakan model ABS akan dijual pada masa akan datang.

Lampu hadapan Ninja 250 ini sekarang ialah LED penuh termasuk pancaran rendah dan tinggi serta lampu posisi, sementara lampu belakang pula digayakan mengikut Kawasaki Ninja ZX-10R. Warna yang terdapat untuk pilihan bakal pembeli ialah Passion Red/Metallic Flat Spark Black (merah/hitam) dan Pearl Solar Yellow/Pearl Storm Gray/Ebony (kuning/kelabu) manakala harganya dimaklumkan sebanyak RM 23,071.10 termasuk 0% GST.

Ninja 250 terbaru ini akan ada di pasaran mulai pertengahan bulan Ogos 2018, walaubagaimanapun jika anda berminat untuk melihat sendiri motosikal ini dengan lebih teliti, anda boleh datang sendiri ke ruang pameran Kawasaki di Art Of Speed 2018 bertempat di MAEPS Serdang.

     

SIC Yamaha Jadi Realiti?

Dengan pengumuman kerjasama antara Sepang International Circuit (SIC) dan pasukan MotoGP, Angel Nieto Racing Team (ANRT), serta penandatanganan memorandum persefahaman di antara SIC dan Yamaha Motor Co. Ltd., nampaknya kemasukan SIC-Yamaha sebagai pasukan satelit untuk tahun 2019 akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Menurut berita yang disiarkan di laman web MotoGP.com, SIC akan mengambil alih pengurusan dan penyertaan kelas MotoGP yang kini dipertandingkan oleh pasukan ANRT tahun ini.

Manakala Yamaha pula mengumumkan mereka akan membekalkan jentera Yamaha YZR-M1 kepada pasukan tersebut selama tiga tahun mulai 2019 sehingga 2021. Difahamkan pasukan SIC ini akan bertanding sebagai pasukan satelit rasmi Yamaha dan akan menerima pengemaskinian jentera seperti pasukan rasmi Yamaha sendiri.

Walaubagaimanapun, senarai pelumba yang akan menunggang bagi pasukan SIC ini masih belum diketahui. Banyak nama-nama yang disebut termasuklah Dani Pedrosa (Repsol Honda), Franco Morbidelli (Marc VDS Racing Team) dan Bradley Smith (Red Bull KTM). Sama-samalah kita tunggu dan lihat sama ada pengumuman berkaitan akan dibuat sempena perlumbaan MotoGP di Sachsenring, Jerman pada 15 Julai ini.