Brad Binder Ke KTM Tech3 MotoGP; Apa Nasib Hafizh?

Setelah beberapa lama khabar angin pelumba pasukan Moto2 Red Bull KTM, Brad Binder, akan naik ke MotoGP, hari ini KTM Factory Racing mengesahkan sendiri perkara tersebut.

Binder akan menyertai bekas rakan sepasukan Moto2, Miguel Oliveira, di pasukan satelit KTM iaitu Red Bull KTM Tech3 mulai musim 2020. Beliau merupakan pelumba Afrika Selatan pertama di dalam kategori teratas sejak tahun 2000.

Bagaimana pula nasib pelumba yang Binder gantikan? Ya, tidak lain dan tidak bukan, Hafizh Syahrin. Seperti yang kami nyatakan dalam surat terbuka kami dahulu, jika Hafizh tidak perbaiki keputusannya dengan segera, tempat beliau dalam MotoGP pasti tidak selamat.

Malangnya, ternyata pihak pengurusan KTM Factory Racing dan Herve Poncharal sudah hilang sabar dan percaya Hafizh telah diberi banyak ruang dan peluang, namun pada mereka telah disia-siakan.

Di mana Hafizh akan berlumba pada tahun 2020 masih samar-samar. Ura-ura mengatakan beliau akan turun ke Moto2 untuk bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3. Ada juga yang menyebut beliau akan menjadi pelumba kedua pasukan Petronas Sprinta Racing, juga di Moto2. Sama-sama kita nantikan langkah Hafizh yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.