Akan Datang: Edisi Khas Triumph Daytona Moto2 765

Bagi peminat jentera yang dibina khas berdasarkan motosikal lumba, anda pasti gembira selepas mengetahui pengumuman oleh Triumph Motorcycles bahawa mereka akan menjual model terhad yang diasaskan dari enjin kejuaraan Moto2.

Bagi yang kurang arif, mulai tahun 2019 jentera dalam kejuaraan dunia Moto2 telah bertukar dari enjin 4 silinder 600cc dari Honda CBR600RR kepada enjin 3 silinder bersesaran 765cc yang juga digunakan oleh Triumph Street Triple RS 765, tetapi diubahsuai untuk kegunaan perlumbaan.

Pihak Triumph Motorcycles tidak melepaskan peluang pemasaran ini apabila mengumumkan kembalinya nama Daytona bersama jentera yang sedikit sebanyak sama spesifikasi dengan jentera perlumbaan Moto2.

Harga jentera ini masih tidak diketahui, namun ia akan dihasilkan dalam jumlah yang agak terhad, di mana 1530 buah akan dibina dengan 765 unit untuk jualan di Amerika Syarikat dan Kanada, dan 765 unit lagi untuk pasaran Eropah dan Asia. Anda boleh menyaksikan sendiri penampilan pertama jentera ini pada 23 Ogos 2019 iaitu tarikh berlangsungnya Grand Prix British di litar Silverstone, United Kingdom.

Kredit gambar: Triumph Motorcycles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.