Khairul Idham Kembali di GP Czech!

Penunggang negara bagi pasukan PETRONAS Sprinta Racing Moto2, Khairul Idham Pawi akan kembali beraksi di Grand Prix Republik Czech yang akan diadakan di litar Automotodrom Brno, selepas tidak menyertai enam pusingan sebelum ini akibat kecederaan tangan yang dialami beliau semasa Grand Prix Sepanyol, Mei lalu.

Khairul Idham terpaksa menarik diri dari pusingan-pusingan sebelum ini agar beliau dapat sembuh sepenuhnya, namun selepas rehat musim panas yang dipenuhi dengan sesi pemulihan dan latihan intensif, beliau kini tidak sabar untuk kembali bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing. Litar Brno merupakan salah satu litar kegemaran Khairul Idham, di mana beliau pernah memperolehi keputusan baik di situ. Beliau juga berharap dapat menyambung prestasi sebelum mengalami kecederaan.

Sesi pertama Moto2 di Automotodrom Brno bermula pada hari Jumaat 2 Ogos pukul 4.55 petang waktu Malaysia dan perlumbaan akan diadakan pada Ahad, 4 Ogos pukul 6.20 petang waktu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.