Johann Zarco dan Red Bull KTM Berpisah

Pasukan Red Bull KTM telah mengumumkan Johann Zarco tidak akan menghabiskan baki kontrak setahun bersama mereka buat musim 2020. Kedua-dua pihak tersebut telah pun bersepakat untuk menamatkan kontrak Zarco di penghujung musim ini.

Pelumba Perancis berumur 29 tahun itu telah menyertai pasukan KTM di hujung musim 2018 selepas dua musim bersama pasukan satelit Tech 3 Yamaha. Zarco telah pun mencuba sedaya-upaya untuk menyesuaikan gaya tunggangan beliau dengan jentera KTM RC16 manakala KTM pula cuba membentuk jentera mengikut permintaan Zarco.

Persoalan sekarang, siapakah yang akan mengambil tempat Zarco? Miguel Oliveira dan Brad Binder telah pun menandatangani kontrak bersama Tech 3 KTM. KTM boleh memindahkan Oliveira ke pasukan utama namun Tech 3 pula akan menghadapi masalah pengganti Oliveira. Penunggang uji KTM, Dani Pedrosa enggan berlumba sekali lagi manakala Mika Kallio pula dianggap bukan pilihan pertama. Khabar angin di paddock MotoGP pula menyebut perpindahan Jack Miller ataupun kembalinya Bradley Smith sebagai pelumba musim penuh. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.