Franco Morbidelli Sertai Hafizh Syahrin dan Michael van der Mark Untuk 8 Jam Sepang

Sepang Racing Team mengumumkan penyertaan pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team MotoGP, Franco Morbidelli dalam acara endurance 8 Jam Sepang yang akan julung-julung kali diadakan pada 13 hingga 15 Disember ini.

Morbidelli akan berkongsi jentera Yamaha YZF-R1 dengan pelumba Pata Yamaha WorldSBK dan pemenang 8 Jam Suzuka sebanyak 4 kali, Michael van der Mark serta pelumba MotoGP Malaysia yang pertama, Hafizh Syahrin. Jentera YZF-R1 tersebut pula akan menerima sokongan daripada YART Yamaha EWC, bekas juara FIM Endurance World Championship (EWC).

Perlumbaan tersebut akan dianjurkan di bawah sinaran lampu limpah yang baru dipasang di litar Sepang International Circuit, sebagai gabungan perlumbaan bermotor dua dan empat roda di bawah tema Races of Malaysia. Selain perlumbaan FIM EWC itu, acara tersebut juga melibatkan perlumbaan FIA World Touring Car Cup (WTCR) yang turut disertai oleh Hafizh Syahrin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.