Kawasaki Bakal Lancar Model H2 Naked?

Baru-baru ini, Kawasaki Motors telah memuat naik satu video pendek di saluran YouTube mereka. Video bertajuk Supercrharged: Feel The Force tersebut yang berdurasi 11 saat hanya mengandungi pergerakan kipas turbin dan diikuti dengan logo “Z” yang digunakan pada model naked Kawasaki.

Apa yang kami boleh simpulkan daripada video pendek ini, Kawasaki bakal melancarkan model “Z” baru yang akan dilengkapi sistem supercharger, berkemungkinan besar didasarkan daripada Kawasaki Ninja H2 yang dilancarkan pada tahun 2014.

Konsep SC-02 “Soul Charger”

Rekabentuk model ini masih belum diketahui, namun ada peluang ia akan menyerupai model konsep SC-02 “Soul Charger” yang ditontonkan di EICMA 2015. Jika betul, model “Z2” ini bakal menjadi salah satu motosikal naked paling berkuasa di dalam pasaran setakat ini.

Sama-sama kit nantikan pelancarannya sama ada di Tokyo Motorcycle Show ataupun EICMA Milan tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.