Kawasaki Malaysia Perkenal Minyak Enjin Baharu

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) baru saja memperkenalkan dua lagi minyak enjin yang akan menyertai barisan produk mereka yang sedia ada.

Pelancaran produk berkenaan telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November lepas dan dihadiri oleh En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif KMSB dan En. Shin Obata, Pengarah Urusan Idemitsu Lube (Malaysia) Sdn Bhd.

Dua produk berkenaan ialah KGO Torq R7 (minyak sintetik penuh 4T SAE 10W-40 API SN) dan KGO Torq R9 (minyak sintetik penuh 4T SAE 10W-50 API SN). Kedua-duanya mengandungi 100 peratus minyak asas Polyalphaolefin (PAO) di mana PAO ialah minyak asas utama yang paling banyak digunakan untuk pelinciran automotif dan industri. Ianya direka untuk bertahan daripada kesan suhu dan tekanan tinggi tanpa mengurangkan prestasi enjin.

Kedua-dua produk ini akan berada di pasaran dengan serta-merta dan akan dijual pada harga berpatutan. Harga cadangan bagi KGO Torq R7 ialah RM76.00 setiap botol manakala KGO Torq R9 akan dijual pada RM78.00 sebotol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.