Selamat Jalan Showa, Nissin dan Keihin: Honda dan Hitachi Umum Gabungan Jenama

Jika anda peminat motosikal atau pernah menukar komponen motosikal, pasti anda pernah dengar nama-nama seperti Showa, Nissin atau Keihin. Ketiga-tiga jenama ini adalah milik Honda Motor Company. Walaubagaimanapun, nama-nama ini akan lenyap dari pasaran tidak lama lagi.

Honda dan Hitachi Ltd. baru-baru ini mengumumkan sebuah rancangan untuk menggabungkan ketiga-tiga jenama tersebut di bawah satu syarikat baharu yang akan dipanggil Hitachi Automotive Systems, di mana produk-produk yang dahulunya di bawah jenama Showa, Nissin dan Keihin akan dijual di bawah nama syarikat baharu itu.

Belum diketahui lagi tempoh rancangan ini akan dilaksanakan. Showa membekalkan komponen gantungan kepada beberapa jenama besar seperti Ducati, Kawasaki dan Suzuki, manakala brek Nissin digunakan oleh banyak model Yamaha, Kawasaki dan Suzuki.

“Penggabungan ini akan membolehkan penyatuan teknologi Keihin dalam bidang gerak kuasa, gantungan dan stereng Showa serta sistem brek Nissin dengan kekuatan tiga teras perniagaan Hitachi Automotive Systems, iaitu sistem gerak kuasa, sistem casis, dan sistem keselamatan,” kata Honda dalam kenyataan akhbar.

Honda akan mengambil alih baki saham 66.5 peratus dari Showa, 63.14 peratus saham Nissin, dan 58.65 peratus saham Keihin daripada pemegang saham biasa. Selepas ketiga-tiga jenama ini menjadi milik penuh Honda, mereka akan diserap di bawah syarikat Hitachi Automotive Systems.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.