8 Jam Sepang: Fakta Penting

50 pasukan dan hampir 150 penunggang daripada 20 negara yang berbeza dijangka akan memulakn perlumbaan kali pertama ini. Berikut adalah beberapa fakta penting yang anda patut tahu tentang perlumbaan 8 Jam Sepang yang akan berlangsung pada Sabtu, 14 Disember.

50 pasukan dijangka akan membarisi Litar Antarabangsa Sepang, termasuklah 36 pasukan dari FIM EWC, 12 pasukan negara Asia seperti Jepun dan Malaysia yang mahu layak bertanding di perlumbaan 8 Jam Suzuka tahun 2020 dan 2 pasukan dari Eropah. Pasukan-pasukan tersebut mewakili 13 negara, dan 31 pasukan bertanding di dalam kategori Formula EWC manakala 19 lagi berentap di dalam kategori Superstock.

Dengan 3 penunggang untuk setiap pasukan (kecuali beberapa pasukan yang hanya mendaftarkan 2 penunggang), hampir 150 penunggang akan berlumba di Sepang. Antara yang terlibat dalam senarai termasuklah 3 pelumba wanita iaitu Amandine Creusot (Perancis – Team 202), Luna Hirano (Jepun – Transmap Racing with Ace Cafe) dan Lucy Glöckner (Jerman – GERT56 by GS Yuasa).

Empat pengeluar motosikal Jepun sudah tentu akan menghantar wakil masing-masing seperti Webike SRC Kawasaki France, Suzuki Endurance Racing Team, F.C.C. TSR Honda France, YART Yamaha dan Yamaha Sepang Racing. BMW pula mendaftarkan pasukan sendiri di bawah nama BMW Motorrad World Endurance Team, manakala satu jentera Aprilia dan Ducati akan dikendalikan oleh pasukan Team Sugai Racing Japan dan HRT 100 – Hertrampf Racing Endurance.

Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan tiket perlumbaan ini. Lawati laman sesawang Litar Antarabangsa Sepang di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.