Azlan Shah dan Adam Norrodin Bersatu Untuk Pasukan BMW Sepang Racing

Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin akan menyertai acara 8 Jam Sepang yang akan berlangsung pada Sabtu, 14 Disember bersama pasukan BMW Sepang Racing. Bersama mereka ialah pelumba endurance berpengalaman dari Perancis iaitu Julien da Costa.

Azlan Shah Kamaruzaman baru sahaja memenangi kejuaraan superbike ASB1000 di dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) selepas berjaya mengatasi cabaran oleh pendahulu awal, Broc Parkes yang menunggang Yamaha. Azlan Shah yang menggunakan jentera BMW S1000RR dalam kejuaraan tersebut, juga pernah menamatkan acara 8 Jam Suzuka tahun 2017 di tempat kedua bersama pasukan Kawasaki Team Green, serta telah memenangi kejuaraan supersport SS600 ARRC pada tahun 2013 dan 2017.

Adam Norrodin, yang bertanding di dalam kejohanan Moto2 pada musim 2019 juga menyinar di dalam Asia Road Racing Championship di Thailand di mana beliau memenangi Race 1 dan meraih podium di dalam Race 2.

Kedua-dua pelumba Malaysia ini akan diberi petunjuk oleh pelumba berpengalaman, Julien da Costa yang pernah memenangi piala FIM EWC pada tahun 2013 bersama pasukan Suzuki Endurance Racing Team dan menamatkan perlumbaan 8 Jam Suzuka 2019 di tempat ke-16 dengan pasukan Team ERC Endurance.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.