Yamaha Sepang Racing Ungguli Sesi Latihan

Yamaha Sepang Racing berada di tempat teratas selepas berakhirnya sesi latihan bebas di litar Sepang, di hadapan pasukan Webike SRC Kawasaki France dan F.C.C. TSR Honda France.

Selepas ujian persendirian yang didahului oleh F.C.C. TSR Honda France, Yamaha Sepang Racing mula mengawal keadaan terutamanya sebagai tuan rumah. Dengan permukaan litar yang semakin kering selepas hujan lebat, Hafizh Syahrin, bekas pelumba MotoGP dari Malaysia, mencatat masa 2:18.637, di atas jentera Yamaha 21 dihiasi jalur Sepang International Circuit yang akan dikongsi bersama Franco Morbidelli dan Michael van der Mark.

Yamaha Sepang Racing ternyata lebih pantas daripada pasukan Webike SRC Kawasaki France, yang baru membiasakan diri dengan litar Sepang. Pengguna jentera Kawasaki dan juara bertahan FIM EWC 2018-2019 itu berada di hadapan F.C.C. TSR Honda France, yang nampak lebih selesa di sesi ujian persendirian.

Pasukan kategori Superstock, Tone RT Syncedge 4413 BMW, berada di tempat keempat selepas latihan bebas, di hadapan pasukan YART Yamaha, Tecmas BMW GMC dan BMW Sepang Racing. Pad hari Khamis, pasukan-pasukan yang bertanding akan bersedia untuk menyertai dua sesi kelayakan dan diikuti oleh sesi Top 10 Trial yang akan menentukan 10 tempat paling hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.