Benelli Rancang Pembesaran; Bakal Lancarkan Sportbike 600sp?

Syarikat motosikal Benelli jelas sekali tidak akan berdiam diri sahaja walaupun berjaya menjual 63,000 unit motosikal di seluruh dunia sepanjang tahun 2018.

Paparan yang disiarkan dalam satu mesyuarat di China menunjukkan rancangan Benelli untuk tahun 2020, di mana beberapa model baru bakal dilancarkan, termasuklah TRK800 yang dijangka akan menggunakan enjin kembar-V 754sp.

Yang lebih menarik ialah model 600RR yang akan datang di pertengahan tahun ini. Benelli sudah pun mempunyai model TNT600 namun jentera yang bakal memiliki label RR ini berkemungkinan besar ialah jentera sportbike yang lebih agresif.

Benelli masih lagi dipandang sebagai pengeluar yang agak kecil sekiranya dibandingkan dengan jenama besar Jepun dan Eropah, namun dengan pengembangan barisan produk mereka ini pasti daya saing mereka akan semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.