Zulfahmi ke gelanggang Moto2 2018

 

Gambar: Facebook Zulfahmi Khairuddin

 

Bekas pelumba World Supersport (WSS) dan Moto3 , Zulfahmi Khairuddin, diumumkan akan memasuki kategori sokongan Moto2 bagi tahun 2018. Zulfahmi yang berada di bawah naungan pihak Sepang International Circuit (SIC) dijangka akan menyertai musim penuh melalui pasukan SIC Racing Team. Beliau akan mengambil tempat yang pada asalnya disediakan untuk pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin.

Pengumuman ini mengukuhkan lagi ura-ura Hafizh akan menyertai kategori MotoGP dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3, untuk menggantikan tempat pelumba Jerman, Jonas Folger yang menarik diri sebelum musim 2018 bermula. Diharap Zulfahmi mampu mempamerkan aksi yang lebih baik selepas digugurkan dari pasukan WSS, Orelac Racing Verdnatura, di penghujung musim 2017.

Rumusan Ujian masa rasmi Sepang

30hb Januari tanda hari terakhir sesi ujian masa rasmi di Litar Sepang. Ujian yang berlangsung selama tiga hari bermula dari hari Ahad 28/1/2018 sehingga Selasa 30 Januari mencatatkan catatan tidak rasmi terpantas oleh pelumba ducati team Jorge Lorenzo yang telah mengatasi rekod yang dipegang oleh Marc Marquez pada tahun 2015.

Rekod ini juga amat manis bagi pengeluar tayar Michelin kerana ia telah menunjukkan progress yang mengkagum dalam tempoh 2 tahun dengan mengatasi rekod tahun terakhir pengeluar Bridgestone pada 2015.

Sesi ujian masa bermula dengan keadaan cuaca hujan pada hari pertama dan beransur cerah sehingga hari ketiga, dimana pada hari ketiga kebanyakan pelumba telah mencatat catatan masa terpantas. ujian simulasi perlumbaan juga  dapat dilaksanakan pada hari ketiga sesi ujian masa. Continue reading “Rumusan Ujian masa rasmi Sepang”

Hafizh Syahrin bakal sertai MotoGP?

Gambar: MotoGP

Pelumba kategori sokongan Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin, kini disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang berpeluang naik ke kategori MotoGP melalui pasukan Monster Yamaha Tech 3. Pasukan tersebut mempunyai satu kekosongan setelah pelumba mereka dari Jerman, Jonas Folger menarik diri daripada saingan tahun 2018 akibat mengalami penyakit sindrom Gilbert. Tech 3 telah mengambil khidmat Yonny Hernandez sebagai penunggang uji di sesi ujian pra-musim di Sepang baru-baru ini dan beliau juga dilihat sebagai calon gantian untuk Folger.

Namun begitu, pengurus pasukan Tech 3, Herve Poncharal, enggan mengambil penunggang yang sudah mempunyai kontrak dengan pasukan lain walaupun berbeza kejohanan. Hernandez baru saja menampilkan diri di pelancaran pasukan World Superbike, Pedercini Kawasaki, sebelum berangkat ke Malaysia untuk sesi ujian tersebut. Menurut Poncharal lagi, walaupun Hafizh adalah salah satu nama di dalam senarai calon penunggang, kontrak penajaan yang telah ditandatangani oleh pasukan Tech 3 mungkin menghalang mereka daripada mengambil Hafizh sebagai pelumba pertama MotoGP Malaysia. Kemungkinan besar penaja pasukan Tech 3 atau penganjur MotoGP, Dorna Sports, sendiri akan memveto pilihan pelumba. Pihak iPantas berharap situasi ini akan berubah menjadi lebih positif bagi pihak Hafizh sendiri dan peminat MotoGP di Malaysia.

FT-GARAGE NEW BRANCH

A well known one stop centre for helmet is expanding their wings with a third branch.  FT-Garage Racing committed to give their best towards their customer, offering a wide range of helmet in one place.  The new branch is located at

FT-GARAGE RACING
2A (GROUND FLOOR), JALAN WANGSA NIAGA,
WANGSA BIZ AVENUE OFF JALAN 34/26,
SRI RAMPAI 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

The new branch was launch by MotoGP riders, Aleix Espargaro of Aprilia Team Gresini, Xavier Simeon of Reale Avintia Ducati Team and not to forget our favourite local rider Azlan Shah Kamaruzaman.  All the fans were excited to get their photos and autographs, and few lucky fans were getting special lucky draw prize from FT Garage.

UJIAN RASMI SEPANG – HARI KE-2

Hari Isnin menandakan hari kedua ujian rasmi di litar antarabangsa Sepang. Cuaca yang menyebelahi di waktu pagi dengan keadaan cerah dan terik telah memberi peluang yang lebih baik kepada setiap pasukan untuk melakukan sesi ujian masa.

Setakat tengahari jam 1 petang, pelumba Valentino Rossi dari pasukan Movistar Yamaha telah mencatat masa terpantas 1m 59.766s diikuti Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati 2m 0.007s dan Cal Cruthlow dari pasukan LCR Honda 2m 0.158s.

Continue reading “UJIAN RASMI SEPANG – HARI KE-2”

Prebiu MotoGP Tahun 2018

Gambar: MotoGP

Tirai kejohanan perlumbaan motosikal 2018 akan dibuka tidak lama lagi. Pasukan-pasukan yang bertanding kini sedang bertungkus-lumus untuk meningkatkan daya saing jentera mereka, manakala para penunggang hanya berehat seketika sahaja sebelum menjalani latihan intensif bagi mengasah bakat masing-masing agar memperolehi keputusan yang lebih baik dari musim lepas. Apakah anda juga turut bersedia? Artikel ini akan membantu anda sedikit sebanyak sebelum kehangatan bermula di pusingan pertama tidak lama lagi.

Continue reading “Prebiu MotoGP Tahun 2018”

MotoGP Test Sepang 28-30 JAN

Today the 28th of January marks the official opening of the 2018 MotoGP season in Sepang International Circuit, Selangor.

All teams’ riders are ready except Tech 3, which is scrambling and have had Yonny Hernandez as temporary replacement for Jonas Folger who announced his withdrawal from racing this season 2 weeks prior to 2018 season citing to health issues and requires rests.

For the first day of test, it started with a very wet session, which all teams set less desirable results. After when lunch was over, the track is dried out, all teams made their best setup and thereafter set their fastest laps within the last hour of session.

Below is the result for today.

Continue reading “MotoGP Test Sepang 28-30 JAN”